Langkah-Langkah Mengatasi Stres
Mengungkap maksud tersirat disebalik kata-kata Socrates,'kehidupan yang tidak teruji bukan kehidupan yang berharga bagi seseorang',menjelaskan stres yang menguji perjalanan hidup akan membawa kehidupan yang lebih bermakna,jika masalah itu diselesaikan secara rasional kerana keperitan yang pernah dihadapi menyalurkan semangat dan azam baharu untuk menempuh liku-liku kehidupan kelak.Pada era konvergen ini,kecenderungan seseorang untuk mengalami stres disebabkan kesibukan mencari nafkah,mencapai impian tertentu,dan menimba ilmu memang tidak dapat dinafikan.Seperti yang kita ketahui,stres akan melumpuhkan semangat diri untuk bersemuka dengan dunia luar dan melakukan aktiviti harian terutama jika masalah tersebut melibatkan kes buli seperti buli mental dan buli pekerjaan yang menjadi peristiwa pahit dalam sejarah kehidupan seseorang.Andai kata stres tidak dapat diatasi dengan serta-merta,implikasinya timbullah masalah lain yang lebi...